Sunday, 25 April 2010
Thursday, 31 December 2009
10 Wasiat Imam Syafie
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
renungan bersama
sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am
sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika
seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm
atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut
tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor
di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 -
1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika
terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai
daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat
oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak
kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat
dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya
dengan propaganda itu terutamanya filem-filem
aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan
di satu sudut yang lain kita penyokong dan
pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci
tapi sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah
saham maka berduyun-duyunlah orang pergi
melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila
ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah
tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak
mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari
rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada
yang ambil masa berbulan-bulan walaupun
mendapat publisiti meluas melalui media massa.
Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar
atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal
anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata
seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan
terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-
anak secara maknawinya dengan tidak mendidik
menjadi anak-anak yang soleh seperti
mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat
orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak
didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka.
Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di
serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang
anak juga iaitu buang anak dalam api neraka?
Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah
atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di
buang dalam tong sampah belum tentu masuk
Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik
dengan sempurna akan rosak hidupnya yang
kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima
kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan
kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala
nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik
dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi
dan berterima kasih setiap masa dengan cara
yang dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada
orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI
tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah
sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan
besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut
sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI
cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan
diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam
mana isteri nak bagi kahwin lain. )
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh
sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan
suaminya main perempuan di luar rumah asalkan
sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya
sikap sebegini membiarkan sang suami
bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak
berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3
lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari
kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam
semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin
2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika
tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya
atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya.
Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang
mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling
kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama
manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di
pentas yang lain memalu gendang permusuhan,
menyalakan obor peperangan memotong tali
persaudaraan.
jalan-jalan
Bismillah...
Hari ni hari jumaat, iaitu 31/12/2009. So, hari ini adalah hari last untuk tahun 2009. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2010. Harap tahun depan lebih baik dari tahun ni dan tahun sebelumnya. Tiba2, terasa plak nak share cerita masa aku pergi satu program di UiTM Shah Alam. Wah, dgr je UiTM, dalam fikiranku dah membayangkan kebesaran U tu. Masa tu aku join anak2 felda. Nama program tu ialah karnival iktiraf (ikatan hati warga felda). Aku x sangka plak U tu berbukit-bukit, kalau jogging tu, semput aku..haha..Aku ringkaskan je la, nak create cerite sampai menarik aku x reti sangat..hehe..isi-isi penting aku adalah jeng...jeng...jeng...aku nak cakap disini mase ade forum perdana,orang x ramai sangat..tapi bile ada konsert, punya la sesak..padahal majlis ilmu tu.nak kate x sedap, sedap jugak la, ahli panel bukan calang2, datuk Fadzilah Kamsah wa cakap lu...roti ngan air pun x abes..aku bedal je la..daripada membazir.hehe..alhamdulillah..mase konsert, awal2 da ramai yg berebut tempat, al maklumlah, ada aizat, jay-jay,6xith sense dan lain2 lg..mujur la ade persembahan nasyid..tp yg peliknya, bile nasyid dah ramai org cabut lari..haha..ish2..satu lg, ade satu U ni, dak2 die aku rse la cam transformer dah..boleh transform dah..haha.maksudnye disini (kejutan budaya)..rambut berwarna warni, macam2 gaya, baju ketat, seluar ketat..aduyai, .minta2 golongan macam tu mendapat hidayah pada suatu hari nanti..lupe lak, aku ni menjadi mangsa jugak pada bro ni, besar gile..die peluk aku( eh,len macam pulak bunyi die)..haaa,die dakap aku..,perghh,ade gak org mcm tu. rupe2nye die ajak aku jadi RELA daa..haha.aku on je..berbakti kepada negara.huahua..adui, nak cerita lagi memang panjang, xpela mase last day kat sane aku ngan rakan2 seangkatanku pergi mencuci mata..pergi tengok ikan..cantik2,besar2,mahal2..haha..harga ikan arowana mencecah 10k.perghhh,kalau aku beli motor bayar cash lg..fulamak..haha..however, itu semua adalah kenangan....
nie la rakan2 seangkatanku..ade lagi yang menghilang entah gi mane...
masing2 duk posing..freestyle...
waduh2...ni kat padang kawat UiTM Shah Alam..nak gi sini klu jalan kaki kene daki tangga kalu x silap aku sembilan puluh anak tgge..klu x silap la..igt2 lupe..pnat gak la..sakit tulang blkg aku..hahaha
Wednesday, 30 December 2009
SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'
WALLAHUALAM











